Content Stats & Analytics for @missfazura
@missfazura
Bismillahirahmanirrahim… Faz amat bersyukur dan berbesar hati untuk bersama-sama menjayakan kempen Program Kolaborasi Kelestarian Korporat sempena 19th Malaysia International Halal Showcase atau MIHAS 2023. Kami telah menjayakan kempen “Tudung Lama, Kasi Baru” yang membolehkan para pengunjung MIHAS untuk menukarkan tudung yang lama dan terpakai, ditukar dengan baucar FAZURA bernilai RM7. Seterusnya, baucar FAZURA tersebut boleh digunakan untuk pembelian Tudung Fazura yang baru di saluran jualan yang sah termasuk secara dalam talian. Inisiatif kali ini dilaksanakan bersama-sama dengan MATRADE dan PUSPANITA Cawangan MITI, memberikan banyak manfaat kepada seramai mungkin pengunjung MIHAS dan impaknya juga dirasai oleh pihak lain, mudah-mudahan. Kempen “Tudung Lama, Kasi Baru” yang telah Faz lancarkan pada tahun 2022 telah mendapat sambutan hebat di mana lebih 30,000 tudung lama yang telah dibersihkan, disampaikan semula kepada golongan yang memerlukan secara terus dan melalui @mukminpro_app . Penganjuran MIHAS kali ke-19 pada tahun ini juga melihatkan komitmen berterusan pihak MATRADE dalam mempromosikan produk halal dan perkhidmatan berkaitan industri halal untuk kesejahteraan sosio-ekonomi ummah, selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI. Manakala keprihatian pihak PUSPANITA Cawangan MITI dalam menganjurkan kempen yang memanfaatkan golongan yang memerlukan perhatian, wajar terus disokong. Faz dan pihak syarikat amat bersyukur kerana jenama FAZURA dijemput untuk sama-sama menjayakan program ini sempena MIHAS 2023. 🇲🇾✨ @mytudungfazura @fazbulouscom @fazurabeauty @fazuraskincare @fazurabeautywater @mukminpro_app #MilikSemua
Similar Trending Contents from Other Creators
* Copyright: Content creators are the default copyright owners. These Images are published on public domains and respective social media for public viewing.
Need More Creators to Create Trending Contents for Your Influencer Campaign?
Discover Similar Creators Now!
Get @missfazura's Instagram Account Statistics!
Check out the engagement rate, demographics profiles and interests of the audience of this instagram account and identify whether the creator has fake followers!
Unlock Full Report